Cari @ Amanz

Setelah mengumumkan pelan untuk menghentikan pengeluaran peranti webOS, kini ianya kelihatan yang mana HP telah pun memulakan proses untuk menghentikan pekerja-pekerja daripada bahagian Palm pada syarikat mereka. Ianya disasarkan, seramai lebih 100 orang akan menerima kesan daripadanya.

Menurut HP, mereka akan menghentikan pengeluaran peranti webOS bermula daripada penghujung Oktober ini, dan salah satu kesannya, semestinya mereka akan mengurangkan tenaga kerja untuk bahagian yang tidak diperlukan.

Walaubagaimanapun, menurut HP, mereka akan terus menyokong pembangunan webOS, namun tidak diketahui untuk berapa lama. Sebelum ini, ianya pernah dilaporkan yang mana HP akan melesenkan sistem operasi mudah-alih mereka kepada pembangun dan pengeluar peranti pihak ketiga, selain HTC yang juga diperkatakan mungkin menjadi salah satu syarikat yang berminat untuk membeli webOS untuk digunakan oleh mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd