Cari @ Amanz

Google Meminta Pembangun Mengoptimasikan Aplikasi Untuk Ice Cream Sandwich

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan pelancaran Ice Cream Sandwich yang disasarkan sekitar bulan Oktober atau November ini, kini Google telah pun mula mendidik para pembangun untuk membangunkan dan mengoptimasikan aplikasi mereka kepada kedua-dua peranti utama Android, iaitu telefon pintar dan juga tablet.

Ini adalah kerana Ice Cream Sandwich bakal menyokong kedua-dua peranti, iaitu tablet dan juga telefon pintar, berbeza dengan kemaskini Honeycomb yang hanya memfokuskan kepada tablet sahaja.

Melalui apa yang dikatakan oleh Google, para pembangun boleh mengoptimasikan aplikasi mereka kepada penggunaan pelbagai skrin, dan sekiranya ianya tidak sesuai, maka mereka boleh menghalang daripada skrin-skrin dengan sesuatu saiz, sekaligus memberikan prestasi dan penggunaan yang menarik untuk aplikasi mereka.

Sebelum ini, bekas CEO Google telah pun mengatakan yang mana Android Ice Cream Sandwich bakal dilancarkan pada bulan Oktober atau November ini. Bersama-sama dengannya, Google juga dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti Android baru, dan salah satunya yang dinantikan adalah Nexus Prime daripada Samsung.


Komen ()