Salah satu platform yang dibangunkan sendiri oleh Samsung adalah BadaOS, dan kini ia dilaporkan yang mana Samsung berkemungkinan akan melesenkan sistem operasi mudah-alih mereka itu menggunakan lesen sumber terbuka, dan membukanya kepada lebih ramai pengeluar.
BadaOS baru-baru ini telah dikemaskini kepada versi 2.0, membawakan pelbagai perkara baru, termasuk telah dilancarkan bersama-sama dengan tiga peranti Wave yang baru untuk pasaran Asia.
Ini mungkin salah satu strategi daripada Samsung untuk bersedia, sekiranya Google merancang sesuatu yang eksklusif bersama-sama Motorola yang dibeli oleh mereka. Selepas pembelian Motorola oleh Google tempoh hari, ia telah membawakan kepada beberapa perubahan strategi oleh pengeluar-pengeluar yang menggunakan Android. Salah satunya adalah HTC yang turut diperkatakan ingin membeli sebuah platform mudah-alih mereka sendiri, dan dikaitkan dengan pembelian webOS.