Kedai Konsep Astro IPTV Dilancarkan Di Solaris Mont Kiara

Kedai Konsep Astro IPTV Dilancarkan Di Solaris Mont Kiara

Diterbitkan pada Sep 20, 2011 oleh .

Selepas memperkenalkan perkhidmatan Astro IPTV sebelum ini, kini Astro secara rasminya telah pun melancarkan sebuah kedai konsep khas yang memfokuskan kepada Astro B.yond IPTV, dimana para pengguna yang berminat boleh hadir dan mencuba sendiri Astro B.yond IPTV. Kedai konsep yang pertama kali dilancarkan itu terletak di Mont Kiara dan kini dibuka kepada semua.

Melalui kedai konsep tersebut, para pengguna boleh mengetahui pelbagai perkara menarik berkaitan dengan IPTV yang ditawarkan bersama-sama oleh Astro dan juga TIMEdotcom, selain mana pelbagai aktiviti menarik yang disusun untuk hadirin di kedai konsep tersebut. Pengguna juga turut sama boleh menguji rangkaian internet sehingga 30Mbps di kedai konsep tersebut, sambil pada masa yang sama turut menikmati pelbagai rancangan menarik melalui kaca televisyen.

Bagi yang berminat, mereka boleh menghadirkan diri ke Solaris Mont Kiara, dan menguji serta menikmati pelbagai kelebihan yang dibawakan di kedai konsep Astro IPTV.


TIPS & ULASAN