Cari @ Amanz

Selain daripada menguji bar kekal sebelum ini pada Facebook, kini beberapa pengguna turut sama melihat yang mana Facebook menguji sebuah bar baru pada laman mereka, meletakkan avatar pengguna pada bahagian atas, serta menyembunyikan pautan ke bahagian pengurusan akaun pengguna dengan sebuah menu khas.

Pengurusan menu baru ini juga sekaligus menjadikannya serba sedikit menyerupai bar pada laman-laman sosial yang lain, seperti Twitter dan juga Google+. Namun begitu, seperti semua sedia maklum, ianya masih lagi pada peringkat ujian, dan kemungkinan ianya tidak dilaksanakan adalah masih tinggi.

Selain daripada itu, Facebook juga dijangka akan mengumumkan beberapa perkara yang memfokuskan kepada kandungan pada hari Khamis ini, yang mana dijangka akan memberikan impa besar kepada Facebook. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Tips daripada Mohd Adil

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd