Cari @ Amanz

Setelah Yahoo! memulakan transasi kepada enjin carian Bing sejak daripada tahun lepas, akhirnya kini, Yahoo! Malaysia sudah pun mula menggunakan enjin carian Bing sebagai enjin carian utamanya. Selain Malaysia, Yahoo! di seluruh Asia turut sama menggunakan Bing buat masa ini, kecuali Korea.

Yahoo Bing

Dengan pengenalan enjin carian Bing pada Yahoo! Malaysia, kini semua boleh menikmati carian Bing yang mana membawakan keputusan yang lebih menarik, selain pada masa yang sama turut sama mengintegrasikan beberapa fungsi menarik Yahoo! seperti carian yang diperkaya dan sebagainya.

Mungkin juga beberapa perubahan drastik dari segi cara hasil keputusan dipaparkan dapat dilihat oleh para pengguna berbanding sebelum-sebelum ini. Namun begitu, ianya semestinya untuk suatu kebaikan, dan mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak perubahan pada Yahoo! tidak lama lagi, apatah lagi, kini dengan ura-ura mengatakan mereka akan dibeli oleh organisasi lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd