Seperti diperkatakan sebelum ini, UMobile telah pun mengeluarkan promosi khas untuk peranti Samsung Galaxy S2, dimana mereka menawarkannya pada harga serendah RM849 dengan pakej UPremium selama 24 bulan yang memerlukan komitmen bulanan sebanyak RM168 dengan kuota penggunaan data sebanyak 5GB sebulan.
Selain daripada untuk UPremium, ianya juga mungkin yang mana U Mobile menawarkannya bersama-sama dengan pelan yang lain. Buat masa ini, halaman pakej dan pelan untuk Samsung Galaxy S2 daripada UMobile masih lagi tidak diaktifkan. Selain daripada UMobile, antara syarikat telekomunikasi tempatan lain yang turut menawarkan peranti sama adalah Maxis, Celcom dan juga DiGi.
Selain daripada Samsung Galaxy S2, UMobile turut sama menawarkan beberapa peranti lain dalam promosi Hari Malaysia, iaitu termasuk Samsung Galaxy Tab, HTC Wildfire, Samsung Mini dan juga ZTE Blade.