Apple Bakal Melancarkan iPod Touch Dalam Variasi Warna Putih?

Apple Bakal Melancarkan iPod Touch Dalam Variasi Warna Putih?

Diterbitkan pada Sep 20, 2011 oleh .

Selain daripada ura-ura berkaitan dengan iPhone generasi baru, kini beberapa informasi awal berkaitan dengan iPod akan datang turut sama kedengaran. Ianya diperkatakan yang mana kemaskini iPod yang dinantikan adalah tidak jauh beza dengan iPod Touch sebelum ini, dan cuma akan menyertakan beberapa perubahan kecil, serta turut ditawarkan dalam pilihan warna putih.

Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui samada Apple akan turut mengemaskini kamera yang didatangkan bersama-sama dengannya ataupun tidak, memandangkan ia merupakan salah satu permintaan utama para pengguna iPod Touch sebelum ini.

Pengumuman pelancaran iPhone 5 dan juga iPod Touch baru dijangka akan diumumkan serentak, bersama-sama dengan pelancaran iOS 5 kelak. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN