Cari @ Amanz

Dengan pelbagai jenis peranti Android yang dikeluarkan oleh HTC, kini hari ini, mereka memperkenalkan salah satu peranti baru, yang mana memfokuskan kepada pengguna wanita, dikenali sebagai HTC Rhyme. Menariknya mengenai HTC Rhyme adalah selain daripada menggunakan Android, ianya turut didatangkan dengan antaramuka HTC Sense baru yang dinantikan ramai.

HTC Rhyme membawakan skrin sentuh seluas 3.7-inci, cip pemprosesan 1GHz, RAM768MB, kamera belakang 5-megapixel, dan juga kamera hadapan VGA. HTC Rhyme juga turut didatangkan bersama-sama dengan aksesori tambahan, menjadikannya lebih menarik, seperti sebuah dock khas dan juga headset yang dikhaskan untuknya.

Walaupun ianya ditumpukan kepada pengguna wanita, kami merasakan yang mana ianya masih lagi turut sama sesuai untuk para pengguna lelaki. HTC Rhyme dijangka akan mula dijual bermula penghujung bulan ini, dan mungkin kita akan dapat melihatnya di Malaysia sekitar Oktober kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd