Zynga Bakal Melancarkan Kemaskini Untuk Mafia Wars

Zynga Bakal Melancarkan Kemaskini Untuk Mafia Wars

Diterbitkan pada Sep 21, 2011 oleh .

Salah satu permainan daripada Zynga yang popular adalah Mafia Wars, dan kini ianya kelihatan yang mana Zynga bakal memberikan nafas baru kepada permainan tersebut, dan bakal memperkenalkan versi baru yang turut membawakan permainan dalam bentuk 3D, dan bakal dikenali sebagai Mafia Wars 2.

Buat masa ini, Zynga hanya sekadar mengeluarkan sebuah video trailer ringkas mempromosikan permainan yang akan dilancarkan oleh mereka tidak lama lagi. Namun begitu, tiada sebarang tarikh pelancaran yang diberikan oleh mereka buat masa ini.

Akhir-akhir ini, ianya kelihatan yang mana Zynga bergiat aktif dalam mengeluarkan permainan-permainan baru mereka, termasuklah yang dilancarkan baru-baru ini iaitu Adventure World dan juga Empires & Allies.


TIPS & ULASAN