Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, Twitter telah pun melancarkan perkhidmatan mereka dalam Bahasa Melayu sebelum ini, sekaligus memudahkan pengguna tempatan untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Kini, nampaknya komuniti disebalik #TwitterBM agak aktif, dimana beberapa penggunaan istilah telah pun digantikan dengan istilah bahasa yang lebih sesuai lagi.

Sebagai contoh, @mention yang sebelum ini dinamakan sebagai @menyebut kini telah pun ditukarkan kepada @Sebutan. Bahagian Twitter Lists juga telah dikemaskini dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya berbanding sebelum ini yang masih menggunakan Bahasa Inggeris. Bahagian pengikut/mengikuti juga nampak dikemaskini berbanding sebelum ini yang menggunakan istilah sama padanya.

Selain daripada itu, apa yang dapat dilihat adalah mana Twitter dalam bahasa Melayu masih lagi tidak menyokong tab Aktiviti seperti versi Inggeris.

Bagi mereka yang berminat untuk menyumbang kepada pembangunan Twitter dalam Bahasa melayu, anda boleh tolong menterjemaah beberapa istilah dan penggunaan kata dan bahasa di Twitter terus melalui Twitter Translation Centre.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd