Hari ini, Instagram, iaitu salah satu aplikasi yang membolehkan para pengguna menambah efek sebelum berkongsi dengan rakan-rakan lain telah pun mengemaskini aplikasi mereka kepada versi 2.0, membawakan beberapa penambahan baru. Namun begitu, seperti sebelumnya, ianya masih lagi dikhaskan untuk para pengguna iOS sahaja buat masa ini.
Melalui Instagram 2.0, ia kini berooperasi dan berfungsi lebih pantas, membolehkan anda melihat dunia nyata dengan efek terlebih dahulu sebelum merakamkannya dalam bentuk gambar. Selain daripada itu, Instagram 2.0 turut sama membawakan 4 efek yang serba baru, membolehkan anda merakamkan gambar anda dengan lebih banyak pilihan berbanding sebelum ini.
Selain itu, kini para pengguna Instagram turut sama boleh mematikan fungsi border pada aplikasi tersebut, serta merakamkan gambar pada resolusi yang lebih tinggi lagi berbanding sebelumnya.
Bagi para pengguna peranti iOS, anda boleh memuat-turun atau mengemaskini aplikasi Instagram anda kepada versi 2.0, dan mula menikmati pelbagai fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya ini.