FourSquare Melangkaui Angka 1 Billion Daftar Masuk Lokasi

FourSquare Melangkaui Angka 1 Billion Daftar Masuk Lokasi

Diterbitkan pada Sep 21, 2011 oleh .

Salah satu perkhidmatan berasaskan geolokasi yang amat popular adalah FourSquare, dan menariknya hari ini, mereka telah mencapai suatu pencapaian yang serba baru, dimana telah melangkaui lebih daripada 1 billion daftar masuk oleh para pengguna mereka diseluruh dunia. Ianya tidak mengambil masa yang lama oleh mereka untuk mencapai angka tersebut, setelah mencapai 750 juta daftar masuk pada Jun lepas.

Dan bersempena dengan itu, mereka turut menyediakan sebuah video ringkas yang memperlihatkan bagaimanakah pengguna mendaftar masuk pada ketika itu, yang mana menunjukkan, antara tempat popular yang sering didaftar masuk oleh para pengguna mereka adalah rumah dan juga pejabat, selain tempat makan dan restoran.

Bersama-sama dengan pengumuman itu, FourSquare turut sama mengemaskini aplikasi mereka, menyertakan fungsi List padanya. Berkemungkinan, kita akan dapat melihat lebih banyak perubahan pada FourSquare tidak lama lagi, dengan pertambahan pengguna yang lebih ramai dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN