Facebook Mengemaskini News Feed – Memperkenalkan Fungsi Ticker Secara Rasmi

Facebook Mengemaskini News Feed – Memperkenalkan Fungsi Ticker Secara Rasmi

Diterbitkan pada Sep 21, 2011 oleh .

Dengan acara Facebook F8 yang akan diadakan tidak lama lagi, kini Facebook telah pun mengumumkan kemaskini pada News Feed mereka dengan beberapa perkara baru, dan secara rasminya telah pun memperkenalkan fungsi Ticker yang telah ilihat oleh kebanyakkan pengguna sebelum ini.

Melalui kemaskini yang diperkenalkan pada bahagian News Feed pada hari ini, Facebook inginkan supaya para pengguna mereka tidak terlepas sebarang kemaskini penting daripada rakan-rakan mereka, selain pada masa yang sama boleh mengikuti pelbagai kemaskini sampingan dalam fungsi masa nyata.

Selain daripada fungsi Ticker, salah satu perubahan baru yang diperlihatkan adalah dimana kini Facebook telah pun membuang pautan kepada “Top Stories” dan juga “Most Recent” pada halaman utama mereka, iaitu News Feed, sebaliknya memperlihatkan kemaskini baru melalui cara baru yang lebih menarik lagi. Selain memfokuskan kepada pelbagai kemaskini utama, cara gambar dipaparkan pada Facebook turut dikemaskini dimana kini ianya diperlihatkan dengan lebih menarik lagi.

Fungsi baru ini bakal diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam hari-hari akan datang mengantikan News Feed sedia ada, dan mungkin lebih banyak kemaskini akan diumumkan oleh Facebook pada acara F8 kelak. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN