Microsoft Menerangkan Fungsi Boot Baru Pada Windows 8

Microsoft Menerangkan Fungsi Boot Baru Pada Windows 8

Diterbitkan pada Sep 21, 2011 oleh .

Dalam ulasan kami untuk Windows 8 Developer Preview, salah satu perkara baru yang didatangkan padanya adalah merupakan fungsi boot yang serba baru, membawakan skrin yang lebih kemas dan menarik berbanding sebelumnya. Dan hari ini, secara rasminya Microsoft membincangkan perkara ini, dan menerangkannya dengan lebih mendalam lagi mengenai fungsi boot yang baru mereka.

Melalui fungsi boot yang diberikan nafas baru, ianya turut sama dioptimasikan untuk para pengguna skrin sentuh, selain pada masa yang sama menjadikan antaramuka dan proses boot itu sendiri lebih menarik berbanding sebelum-sebelum ini. Selaun daripada itu, bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu sistem operasi, skrin pilihan yang diperlihatkan juga menarik, dan memberikan pelbagai pilihan bersama-sama dengannya.

Bagi mereka yang ingin menguji Windows 8, anda boleh memuat-turun versi Developer Preview dan menguji pelbagai fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya, termasuk sokongan boot yang baru ini.


TIPS & ULASAN