Cari @ Amanz

Adobe hari ini secara rasminya telah pun mengumumkan yang mana mereka akan mengeluarkan kemaskini untuk dua aplikasi terkemuka mereka iaitu Adobe Flash dan juga Adobe Air pada bulan Oktober kelak. Melaluii Flash 11 dan juga Air 3, kedua-dua aplikasi ini dijangka akan membawakan pelbagai fungsi baru dan menyokong sepenuhnya permainan 3D.

Adobe bakal melancarkan Flash 11 dan juga Air 3 untuk Android, iOS (Adobe AIR), BlackBerry Tablet OS, Windows, Mac dan pelbagai platform lain. Buat masa ini, tiada tarikh pasti yang diberikan oleh Adobe, tetapi dikatakan pada awal bulan Oktober.

Melalui Flash 11 dan Air 3, ia akan memfokuskan kepada membawakan kandungan video dan juga permainan dalam kualiti yang lebih tinggi lagi, selain pada masa yang sama memberikan pengalaman penggunaan yang lebih menarik dikalangan penggunanya. Ia juga dikatakan lebih selamat berbanding versi semasa kini.

Sama-sama kita nantikan pelancarannya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd