Perkhidmatan Jalur-Lebar Berkelajuan Tinggi UniFi Kini Meliputi Lebih 1 Juta Premis

Diterbitkan pada Sep 21, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nampaknya pembangunan yang dilakukan oleh Telekom Malaysia untuk UniFi adalah amat pantas, dimana setelah mencapai angka lebih 973,000 premis yang diliputi oleh UniFi pada bulan Ogos yang lepas, kini melalui data terbaru yang dikeluarkan, UniFi kini meliputi lebih 1 juta premis.

Sekiranya semua berjalan lancar, mungkin TM akan dapat mencapai sasaran tahunan mereka, iaitu meliputi lebih kurang 1.1 juta premis lebih awal lagi. Pada masa yang sama, ia turut dilaporkan yang mana UniFi kini digunakan oleh lebih daripada 156,000 pengguna, peningkatan 14 ribu pengguna dalam tempoh kurang sebulan.

#UniFi is now available at more than 1mil premises & has more than 156k customers. Subscribe to #UniFi now! > http://t.co/qsH6VoXQ
Sep 21 via webFavoriteRetweetReply

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami