Cari @ Amanz

Aplikasi Android Dan iOS Google+ Diperkenalkan Untuk Pengguna Malaysia

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan pelancaran Google+ kepada umum oleh Google, kini aplikasi mudah-alih mereka turut sama diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia, termasuk Malaysia, dimana kini para pengguna boleh memuat-turun Google+ terus melalui Android market ataupun AppStore dengan mudah dan pantas. Sebelum ini, aplikasi mudha-alih ini hanya diperkenalkan kepada pengguna Amerika sahaja.

Melalui aplikasi mudah-alih Google+, para pnegguna boleh mengikuti pelbagai perkembangan terus laman sosial tersebut terus pada peranti mudah-alih. Selain daripada itu, ianya turut membawakan sokongan sama seperti pada versi web, termasuk sokongan Hangout yang membolehkan anda berbual melalui video bersama rakan-rakan anda yang lain.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turunnya terus melalui Android Market ataupun Apple AppStore, dan mula menggunakannya hari ini.


Komen ()