Cari @ Amanz

Setelah genap setahun akaun Facebook rasmi dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia, kini mereka tampak memperluaskan sokongan melalui media sosial mereka ke laman sosial Twitter, dimana terkini, mereka turut sama telah melancarkan akaun Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia dan boleh diikuti di @PDRMsia.

Melalui laman sosial PDRM, mereka berkongsikan pelbagai informasi pantas berkenaan orang-orang yang hilang, mereka yang dikehendaki, pelbagai berita semasa dan lain-lain perkara yang menarik. Selain daripada itu, mungkin melalui akaun Twitter mereka kelak, kita akan dapat melihat bantuan masa-nyata terus dilaksanakan melalui akaun Twitter mereka.

Selain daripada itu, para pengguna yang menetap di Selangor, turut sama boleh menggunakan aplikasi MyDistress untuk bantuan yang lebih pantas dan secara berdepan terus melalui penggunaan fungsi geolokasi, dimana hanya melalui menekan satu butang khas melalui aplikasi tersebut, anggota peronda Polis Selangor akan hadir ke lokasi anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd