Apple Bakal Mengadakan Acara Khas Pada 4 Oktober?

Apple Bakal Mengadakan Acara Khas Pada 4 Oktober?

Diterbitkan pada Sep 21, 2011 oleh .

Tim CookSetelah pelbagai ura-ura kedengaran berkaitan iPhone generasi baru, kini menurut beberapa sumber, ia dilaporkan yang mana Apple kini mensasarkan tarikh 4 Oktober untuk mengadakan acara media khas mereka, yang mana pada hari tersebut, berkemungkinan peranti iPhone dan iPod baru bakal dilancarkan bersama-sama dengan iOS 5.

Selain daripada pelancaran produk baru mereka, acara tersebut dijangka akan menjadi lebih menarik, memandangkan ia akan menjadi acara utama pertama yang diterajui oleh CEO baru Apple, Tim Cook. Walaubagaimanapun, tarikh 4 Oktober ini masih lagi belum disahkan sepenuhnya, namun kebarangkalian untuk tarikh tersebut menjadi pilihan adalah amat tinggi.

Melalui iPhone generasi baru, Apple dijangka akan membawakan pelbagai perubahan menarik, termasuk menawarkan peranti yang lebih nipis dan ringan, serta menggunakan cip pemprosesan A5 yang serba baru dan pantas, dan juga kamera 8-megapixel. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya.


TIPS & ULASAN