Mungkin ramai yang menantikan tablet 7-inci pertama didunia yang menggunakan Android 3.2 Honeycomb. Kini, Engadget melaporkan yang mana para pengguna di Malaysia bakal dapat membeli dan menggunakan tablet MediaPad daripada Huawei ini pada pertengahan bulan oktober kelak, sebelum ianya dilancarkan di negara-negara lain.
Melalui MediaPad, Huawei menawarkan cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, sokongan jangka hayat bateri selama 6 jam, sokongan HD sepenuhnya dengan port HDMI, skrin snetuh bersaiz 7-inci, kamera hadapan 1.3 megapixel untuk panggilan video, dan juga kamera belakang 5 megapixel dengan sokongan rakaman video HD, dan menggunakan sistem operasi Android 3.2 Honyecomb.
Buat masa ini, harga jualannya di Malaysia masih tidak diketahui lagi, dan mungkin akan diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi.