Cari @ Amanz

Selain daripada mematikan fungsi BlackBird Pie, Twitter juga turut memperlihatkan perubahan pada halaman akaun profil pengguna, dimana sekiranya anda melayari laman tersebut tanpa log masuk, anda akan diperlihatkan dengan sebuah kotak pendaftaran khas, meminta anda mendaftarkan diri untuk menyertai perkhidmatan sosial tersebut.

Ini mungkin merupakan salah satu cara oleh Twitter untuk terus menarik para pengguna untuk menyertai laman sosial mereka yang sedang berkembang dari hari ke hari. Sebelum ini, pada awal bulan tempoh hari, Twitter telah pun mengumumkan yang mana mereka mempunyai lebih 100 juta pengguna aktif di seluruh dunia. Dan mungkin dengan perubahan ini, kita akan dapat melihat angka tersebut meningkat naik dengan lebih pantas lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd