Twitter Memperkenalkan Sokongan Penghantaran Gambar Melalui SMS

Twitter Memperkenalkan Sokongan Penghantaran Gambar Melalui SMS

Diterbitkan pada Sep 22, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan sokongan Twitter Photo pada web sebelum ini, kini Twitter bergerak selangkah kehadapan dengan menyokong fungsi tersebut melalui SMS. Namun begitu, ia masih lagi tidak boleh digunakan oleh para pengguna di Malaysia buat masa ini, walaupun Twitter baru-baru ini telah mengumumkan sokongan SMS melalui Celcom secara rasminya.

Melalui fungsi baru yang diperkenalkan, ia membolehkan para pengguna Twitter melalui SMS menghantarkan gambar melalui teks SMS mereka (lebih kepada MMS). Buat masa ini, fungsi ini hanya disokong pada pengguna di Amerika, dan beberapa negara lain, dan diperkatakan akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna di seluruh dunia.

Kita di Malaysa mungkin boleh nantikan fungsi ini diperkenalkan melalui syarikat telekomunikasi Celcom tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN