Carian
Microsoft : Kemaskini Mango Dalam Seminggu Dua Lagi
September 22, 2011 Aman

Setelah pelbagai spekulasi berkaitan pelancaran kemaskini Windows Phone Mango diperkatakan sebelum ini, hari ini, Microsoft sendiri secara rasminya mengumumkan yang mana mereka bakal memperkenalkan kemaskini Windows Phone Mango kepada umum dalam masa seminggu dua lagi.

Melalui Windows Phone Mango, Microsoft membawakan lebih daripada 500 kemaskini pada platform mudah-alih mereka. Dan menurut Microsoft, kemaskini untuk Mango akan diperkenalkan oleh para pengeluar peranti kepada semua, yang mana telah dioptimasikan sepenuhnya untuk peranti masing-masing.

Selain daripada kemaskini Mango, Microsoft bersama-sama dengan beberapa pengeluar juga turut sama telah memperkenalkan peranti yang didatangkan terus bersama sistem operasi Windows Phone 7.5, tetapi masih belum mula dijual di pasaran Malaysia buat masa ini.

Komen