Setelah sekian lama tidak mendengar mengenai pembelian syarikat oleh gergasi internet yang lain, kini hari ini Twitter mengumumkan yang mana mereka telah mengambil-alih syarikat carian sosial yang dipanggil Julpan, sekaligus membawa tenaga kerja disebaliknya menyertai Twitter. Harga pembelian tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak yang terlibat.
Julpan sendiri merupakan salah satu produk yang dijana menggunakan Twitter, dimana ia merupakan salah satu produk spesifik yang memfokuskan dan menganalisa data-data daripada topik-topik yang meningkat naik di Twitter. Menurut Twitter, produk Julpan itu akan dimatikan, serta diintegrasikan pada Twitter.
Mungkin lepas ini, kita akan dapat melihat carian pada Twitter menjadi lebih menarik berbanding sebelum ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.