Cari @ Amanz

Ingatkah lagi anda dengan eParlimen yang pernah kami tulis beberapa minggu yang lepas? Kini nampaknya, beberapa perubahan telah dilakukan pada halaman utama mereka membolehkan para penduduk di sesuatu lokasi mengundi tempat yang diingini mereka untuk diaktifkan dengan cepat. Ketika ini, hanya satu lokasi sahaja yang telah diaktifkan iaitu Kuala Pilah.

Melalui eParlimen, ia bukan sahaja membawakan kebolehan untuk anda mengikuti dan menghantar aduan dan maklumbalas terus kepada wakil rakyat sesuatu kawasan itu, tetapi pada masa yang sama, turut membolehkan anda mengikuti kemaskini dan berita-berita setempat dengan mudah, dan pada masa yang sama mengetahui hal ehwal semasa di kawasan anda.

Memandangkan ia dilihat yang mana eParlimen akan dilancarkan secara berperingkat mengikut kawasan dengan permintaan tinggi terlebih dahulu, mereka telah pun memulakan proses pengundian, dimana semua penduduk di Malaysia boleh mengundi kawasan mereka dengan senang terus melalui halaman rasmi eParlimen.

Jadi, apa tunggu lagi, mari mengundi kawasan anda hari ini di eParlimen.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd