Facebook Kini Menyokong Kemaskini Status Sehingga 5,000 Aksara

Facebook Kini Menyokong Kemaskini Status Sehingga 5,000 Aksara

Diterbitkan pada Sep 22, 2011 oleh .

Nampaknya, pelbagai perubahan demi perubahan diperkenalkan oleh Facebook, dimana selain daripada perubahan bentuk News Feed dan Facebook Ticker, mereka juga pada masa yang sama turut memperkenalkan perubahan pada had penggunaan aksara, dimana kini mereka menyokong sehingga 5,000 aksara pada kemaskini status di Facebook.

Sebelum ini, pihak Facebook hanya membolehkan kemaskini sehingga 500 aksara sahaja, dan kini ia memperlihatkan sokongan sehingga 5,000 aksara. Dan seperti biasa, apabila anda melebihi 5,000 aksara, Facebook menawarkan untuk menyertakannya pada Facebook Notes.

Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah yang bakal diperkenalkan oleh Facebook disebalik perubahan ini. Selain daripada Facebook, laman sosial daripada Google, iaitu Google+ menawarkan kebolehan kemaskini status tanpa sebarang had bilangan aksara.


TIPS & ULASAN