Google Memperkenalkan Sokongan Multi-Akaun Pada GMail Mobile

Google Memperkenalkan Sokongan Multi-Akaun Pada GMail Mobile

Diterbitkan pada Sep 22, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan kebolehan untuk log masuk ke lebih dari satu akaun pada versi desktop, kini Google turut sama memperkenalkan fungsi yang serupa pada versi GMail Mobile, dimana kini anda boleh menguruskan akaun anda dengan mudah dan senang, walaupun menggunakan peranti mudah alih di mana jua.

Untuk menggunakannya, para pengguna hanya perlu memilih pilihan untuk log masuk ke akaun yang lain pada bahagian bawah laman GMail Mobile, dan seterusnya akan diberikan pilihan untuk bertukar-tukar akaun dengan mudah dan senang, sekaligus memudahkan anda menguruskan akaun GMail anda melalui satu peranti mudah-alih pada masa yang sama.

Selain daripada itu, GMail turut memperkenalkan sebuah sokongan khas, dimana anda boleh menyertakan tanda (signature) menunjukkan yang mana anda menghantarnya melalui peranti mudah alih. Perkara ini boleh diubah melalui halaman tetapan, dan ia akan memudahkan rakan-rakan anda yang menerima emel memahami sekiranya terdapat sebarang salah ejaan dan sebagainya, memandangkan anda menggunakan skrin yang lebih kecil daripada biasa.

Sebahagian daripada pengenalan fungsi ini, pautan bookmark untuk setiap akaun juga telah diubah, dan untuk menggunakannya dengan lebih daripada satu akaun, para pengguna perlu mengemaskini bookmark mereka, dan seterusnya melayari setiap akaun dengan mudah pada masa hadapan.


TIPS & ULASAN