Bersama-sama dengan jualan Nokia N9 tidak lama lagi, Nokia juga turut sama bakal memperkenalkan sebuah aplikasi khas, yang dinamakan sebagai Nokia Link. Melaluinya, ia kelak akan membolehkan anda sync akan fail-fail pada peranti Nokia N9 anda pada PC ataupun Mac dengan mudah dan pantas.
Perkara ini tidak disentuh oleh pihak Nokia ketika pelancaran Nokia N9 tempoh hari. Namun begitu, kini informasi berkaitan dengan aplikasi ini mula diperlihatkan oleh pihak Nokia Malaysia melalui halaman rasmi Nokia N9.
Melalui Nokia Link, ia akan membolehkan para pengguna untuk menguruskan media pada telefon pintar mereka, seperti gambar, video dan lain-lain dengan mudah. Apatah lagi, menariknya, ia akan turut sama menyokong iTunes dan juga iPhoto, dimana membolehkan anda sync dengan data-data dan fail dari sana dengan mudah sekali.
Buat masa ini, halaman utama Nokia Link masih lagi memperlihatkan mesej akan datang.