Cari @ Amanz

Setelah sekian lama mengehadkan video yang dimuatnaik ke YouTube sekitar hanya 15 minit, kini nampaknya Google mula membuang perkara tersebut, membolehkan para pengguna memuat-aik video tanpa sebarang had masa pada akaun YouTube mereka. Walaubagaimanapun, perkara ini hanya untuk mereka yang mengesahkan akaun YouTube mereka sahaja.

Walaubagaimanapun, mungkin perkara ini diperkenalkan secara berperingkat, dan untuk mendapatkannya, para pengguna sedia ada perlulah tidak pernah memuatnaik sebarang video berhak-cipta, serta perlu mengesahkan akaun mereka dengan memasukkan nombor telefon.

Sebaik sahaja anda memasukkan nombor telefon pada akaun YouTube, yang juga merupakan akaun Google, had masa tersebut akan dibuang sepenuhnya, membolehkan anda memuatnaik video tanpa sebarang had masa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd