Cari @ Amanz

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kini ia kelihatan pakej 30Mbps untuk Maxis Home telah pun dikeluarkan, dimana untuk melanggannya, Maxis hanya mengenakan caj bulanan sebanyak RM398, dan turut sama didatangkan bersama-sama dengan pelbagai fungsi tambahan selain daripada internet berkelajuan tinggi.

Untuk pakej 30Mbps tersebut, Maxis menawarkan had penggunaan data sehingga 300GB. Namun begitu, menariknya sehingga penghujung tahun ini, had penggunaan data tidak akan diaktifkan, dan para pengguna boleh menggunakannya tanpa had.

Selain daripada itu, melalui pakej sama, Maxis turut sama menawarkan panggilan percuma selama 1000 minit ke nombor mudah-alih Maxis, panggilan tanpa had ke nombor talian tetap Maxis, serta panggilan percuma selama300 minit ke desitnasi IDD. Beberapa perkhidmatan tambahan yang lain turut ditawarkan oleh Maxis, seperti muat-turun muzik, emel, dan sebagainya.

Selain pakej 30MBps, Maxis Home turut menawarkan pakej dalam bentuk 4Mbps, 6Mbps, dan juga 10Mbps.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd