Cari @ Amanz

Seperti minggu-minggu lepas, pada minggu ini, kami turut sama membawakan 10 carian terhangat di Google Malaysia sepanjang minggu lepas, iaitu daripada 16 September hingga 22 September 2011. Secara kasarnya, carian terhangat pada Google Malaysia sepanjang minggu lepas lebih tertumpu pada hiburan dan beberapa info semasa di Malaysia dan dunia.

Berikut merupakan carian terhangat di Google Malaysia sepanjang minggu lepas;

Andy Whitfield

Salah seorang pelakon dari Australia, yang pernah berlakon pada rancangan “Spartacus : Blood and Sand” meninggal dunia disebabkan oleh Iymphoma. Beliau berumur 39 tahun ketika meninggal dunia.

Albert Szent-Gyorgyi

Seperti biasa, setiap doodle yang dibuat oleh Google sentiasa akan menerima carian yang tinggi, dan pada 16 September yang lepas, Google telah memperlihatkan sebuah doodle khas yang menyambut ulang-tahun 118 tahun kepada pemegang anugerah hadiah Nobel 1937.

UEFA Champions League

Seperti minggu-minggu lepas, dengan musim bolasepak yang baru bermula, ramai yang mula melakukan carian berkaitan dengannya, apatah lagi ia memperlihatkan beberapa gergasi bolasepak bertemu pada minggu lepas.

Scarlett Johansson

Salah satu pelakon baru yang menjadi mangsa apabila gambar bogelnya tersebar turut sama mendapat perhatian ramai pengguna tempatan, yang mana telah menggunakan khidmat Google Malaysia dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengannya.

Myvi Extreme / Myvi 1.5

Perodua telah pun melancarkan dua versi Myvi yang baru, yang mana membawakan enjin dengan kapasiti lebih besar, serta membawakan perubahan dari segi rekabentuknya.

Johnny English Reborn

Pelakon popular disebalik sitkom popular Mr Bean kini muncul melalui filem terbaru beliau, iaitu Johnny English Reborn, yang mana berkisarkan mengenai kerja risikan serta bergenrekan komedi.

Windows 8

Windows 8

Pada minggu lepas juga, Microsoft secara rasminya telah memperkenalkan Windows 8 Dev Preview, membolehkan semua pengguna seluruh dunia muat-turun dan menguji sistem operasi baru mereka dengan antaramuka Metro.

Nasi Lemak 2.0

Filem terbaru dan pertama daripada Namewee telah pun mula ditayangkan di pawagam seluruh negara, yang mana mendapat pelbagai komen daripada semua pihak.

Safee Sali

Pemain penyerang utama negara, Safee Sali menjadi salah satu berita utama pada minggu lepas apabila beliau mula melalui ujian kelayakkan di Cardiff City.

Suara Kami

Sebuah konsert khas telah dianjurkan oleh pihak Astro pada minggu lepas di Stadium Merdeka, dimana sebelum ini ia telah dipromosikan melalui video Malaysian Boy.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd