Xperia Ray Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1899

Xperia Ray Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1899

Diterbitkan pada Sep 22, 2011 oleh .

Bulan Ramadan yang lalu kami ada memberi pratonton tiga peranti baru dari Sony Ericsson. Jika anda seorang penggemar telefon selular Sony Ericsson, penantian anda berakhir hari ini kerana Sony Ericsson Ray kini sudah boleh dibeli Malaysia.  Sony Ericsson Ray ialah telefon pintar Android Gingerbread yang diperkasakan oleh cip pemprosesan 1GHz satu teras.

Antara ciri menarik Xperia Ray ialah penggunaan BRAVIA® Engine pada paparan LCD 3.3″  serta pengesan optikal Exmor R pada kamera 8.1 Megapixelnya yang mampu mengambil video pada resolusi 720P.  Sony Ericsson Ray dijual pada harga saranan RM1899 dengan empat pilihan warna iaitu hitam, emas, merah jambu dan putih.

Kemaskini : Sony Ericsson Malaysia telah pun mengeluarkan kemaskini, menyatakan harga peranti sebenar adalah RM1279.


TIPS & ULASAN