Pengguna HTC Baru Akan Ditawarkan Dengan Ruangan Percuma 5GB Pada Dropbox

Pengguna HTC Baru Akan Ditawarkan Dengan Ruangan Percuma 5GB Pada Dropbox

Diterbitkan pada Sep 22, 2011 oleh .

Dengan dunia sistem operasi mudah-alih yang semakin kuat persaingannya, kini HTC mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan pihak Dropbox, dimana setiap pengguna baru yang membeli peranti HTC baru (bermula HTC Rhyme) akan turut ditawarkan dengan ruangan percuma sebanyak 5GB pada Dropbox.

Perkara ini sekaligus akan menjadikannya seiring dengan beberapa perkhidmatan lain, seperti Windows Phone yang didatangkan dengan SkyDrive, dan juga iOS yang didatangkan dengan iCloud. Namun begitu, berkemungkinan Google turut sama akan memperkenalkan Google Drive, dan Dropbox ini turut sama akan ditawarkan melalui peranti HTC.

Ia diperkatakan yang mana semua peranti HTC bermula yang menggunakan HTC Sense 3.5 akan ditawarkan perkhidmatan tersebut, membolehkan semua fail dan gambar yang disimpan pada peranti HTC di sync terus ke Dropbox dengan mudah. Walaubagaimanapun, ia masih belum diketahui samada perkhidmatan tersebut akan ditawarakan pada peranti Windows Phone daripada HTC ataupun tidak.

Ia juga masih tidak diketahui samada pengguna lama HTC akan mendapat fungsi ini ataupun hanya untuk pengguna baru sahaja.


TIPS & ULASAN