Apa Bakal Diumumkan Oleh Facebook Pada F8?

Apa Bakal Diumumkan Oleh Facebook Pada F8?

Diterbitkan pada Sep 22, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, Facebook bakal mengumumkan beberapa perkara penting yang akan membawakan pelbagai perubahan pada laman sosial mereka. Sehingga kini, beberapa ura-ura berkaitan produk baru daripada Facebook telah kedengaran, namun perkara tersebut masih belum disahkan sepenuhnya oleh Facebook sehingga ke hari ini, dan tidak diketahui adakah ia akan dilancarkan pada f8 tahun ini ataupun tidak.

Facebook Music

Salah satu perkara utama yang dijangka akan diumumkan oleh Facebook pada F8 tahun ini adalah Facebook Music, yang mana melaluinya ia akan membolehkan para pengguna mendengar lagu dan muzik kesukaan mereka, dan berkongsi serta lebih bersosial melaluinya.

Namun begitu, perkara ini masih lagi tidak diketahui samaada akan dilancarkan untuk pengguna di Malaysia ataupun hanya diperkenalkan di Amerika Syarikat sahaja, memandangkan antara nama besar yang dikatakan akan bekerjasama adalah Spotify, yang mana buat masa ini hanya menawarkan perkhidmatan untuk pengguna US dan UK sahaja.

Facebook Menumpukan Kandungan

Mungkin setelah menjadi raja laman sosia, Facebook turut sama ingin menjadi penyedia dan laman utama untuk pencarian kandungan. Sebelum ini, ia pernah diperkatakan yang mana acara f8 pada tahun ini bertemakan Read, Watch, Listen yang mana memberikan idea, berkemungkinan selain daripada menawarkan Facebook Music, Facebook turut sama akan mengumkan kerjasama bersama beberapa agensi berita atau penyedia kandungan video.

Pada masa yang sama, sokongan status sehingga 5,000 aksara yang diperkenalkan semalam turut memberikan idea yang mana Facebook bakal menumpukan pada kandungan teks tidak lama lagi.

Aplikasi iPad Facebook

Sebelum ini, antaramuka aplikasi Facebook telah pun tersebar apabila ia turut didatangkan bersama-sama aplikasi iPhone Facebook. Namun ia kemudian dibuang oleh pihak Facebook. Ia masih tidak diketahui adakah Facebook akan melancarkannya hari ini ataupun para pengguna iPad kena menunggu suatu tempoh yang lama lagi sebelum ia dilancarkan kepada umum.

Facebook iPad App

Lebih Perubahan Pada Antaramuka Facebook>

Dengan penambahan Facebook Music, dan beberapa perkara lain, berkemungkinan Facebook turut sama memperlihatkan sedikit perubahan pada antaramuka laman sosial mereka. Sepanjang minggu ini, mereka telah mula memperkenalkan perubahan antaramuka baru dimana News Feed yang serba baru diperkenalkan, selain Facebook Ticker turut dilancarkan untuk semua.

Sebelum ini, Facebook turut memperkenalkan fungsi langanan, dimana membolehkan para pengguna mengikuti orang lain di Facebook tanpa perlu menambah mereka sebagai rakan. Ia turut pernah dilaporkan sebelum ini, yang mana berkemungkinan Facebook akan melancarkan beberapa butang baru sebagai tambahan kepada butang Facebook Like sedia ada.

Jadi, apa kata anda?

Acara rasmi Facebook F8 akan berlangsung sekitar pukul 1.30 pagi ini dan akan disiarkan secara langsung melalui halamn rasmi Facebook F8. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN