Selain daripada RakanSukan yang menerima dana daripada 1MDB, salah satu syarikat lain yang turut menerima dana daripada Dana Belia 1 Malaysia adalah AppsMalaysia, dan kini kelihatan mereka telah pun mengeluarkan aplikasi pertama mereka secara rasminya, dinamakan SHEAL, dan ditawarkan secara percuma kepada para pengguna peranti iOS.
Menurut pembangunnya, melalui aplikasi SHEAL, ia menawarkan beberapa cara rawatan alternatif bagi mengubati pesakit yang mengalami beberapa jenis penyakit. Walaubagaimanapun, pada pendapat kami, aplikasi SHEAL ini kelihatan amat ringkas, dan mungkin pembangunnya boleh menambah beberapa lagi info tambahan untuk menjadikannya lebih menarik, selain menjadikan antaramukanya lebih ceria dan menarik perhatian pengguna.
Selain daripada itu, ia tidak berfungsi sepenuhnya dalam aplikasi, sebaliknya masih memerlukan para pengguna membuka pelayar web untuk mengakses kandungan interaktif lain seperti video dan audio.
Bagi para pengguna peranti iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi SHEAL daripada AppsMalaysia ini secara percuma hari ini, dan menguji serta menggunakannya sebagai salah satu rawatan alternatif yang disediakan melalui aplikasi pintar. Mungkin juga kita akan dapat melihat lebih banyak aplikasi menarik yang lain daripada AppsMalaysia dalam tempoh terdekat ini.