Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan Asyik.tv? Kini ia kelihatan dimana pembangun disebalik Asyik.TV telah pun menutup halaman ujian beta mereka, dan pada masa yang sama mempromosikan aplikasi berasaskan Facebook, membolehkan para pengguna tempatan menonton rancangan televisyen terus melalui halaman Facebook milik Asyik.TV.

Menariknya adalah dimana selain daripada menawarkan perkhidmatan siaran saluran televisyen terus melalui halaman Facebook mereka, Asyik.tv turut sama menawarkan perkhidmatan serupa melalui halaman Facebook milik Perdana Menteri kita, Najib Razak, dimana melaluinya, saluran TV 1Malaysia dimainkan.

AsyikTV dijangka bakal dilancarkan kepada umum pada 11 November kelak, dimana selain menawarkan beberapa saluran untuk ditonton secara langsung melalui web mereka, mereka juga turut sama dijangka akan menawarkan beberapa kandungan berbayar seperti filem dan sebagainya, untuk ditonton oleh pengguna terus melalui pelayar web dengan mudah dan senang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd