Facebook Memperlihatkan Sejarah Hidup Dengan Mudah Melalui Timeline

Facebook Memperlihatkan Sejarah Hidup Dengan Mudah Melalui Timeline

Diterbitkan pada Sep 23, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, Facebook telah diperkenalkan beberapa tahun yang lepas, dimana melaluinya para pengguna telah berkongsikan pelbagai perkara melalui laman sosial tersebut. Segala data yang dikongsikan mempunyai nilai sejarahnya tersendiri, dan menariknya kini anda boleh mengaksesnya dengan mudah melalui fungsi baru yang diperkenalkan oleh Facebook dinamakan sebagai Timeline.

Melalui Timeline, ia membolehkan anda mengakses semua perkara yang pernah anda kongsikan dengan mudah. Dan menariknya, lebih banyak perkara anda kongsikan, Timeline anda akan menjadi lebih menarik untuk dilihat.

Melalui Timeline juga anda boleh melihat segala kemaskini status, gambar, video dan perubahan status dan sebagainya dalam bentuk visual yang menarik. Dan sekiranya anda terlepas sesuatu yang menarik, dan tidak ditambah pada Facebook, anda boleh ke sesuatu masa itu, dan menambah kandungan yang diingini, sekaligus menjadikan Timeline anda lebih menarik, dan penuh dengan data.

Selain daripada hanya kemaskini status, gambar dan sebagainya, para pengguna juga turut sama boleh menambah aplikasi sosial, seperti lagu yang anda dengarkan, resipi yang anda cuba dan sebagainya serta menjadikan Timeline anda menarik.

Timeline dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada para pengguna bermula beberapa minggu lagi kepada semua, dan para pengguna boleh mengaktifkan Timeline mereka serta merta, ataupun mengubah dan menambah apa yang perlu sebelum memperlihatkannya kepada semua.




TIPS & ULASAN