Chrome 15 Beta Membawakan Halaman Tab Serba Baru

Chrome 15 Beta Membawakan Halaman Tab Serba Baru

Diterbitkan pada Sep 23, 2011 oleh .

Dengan pelancaran rasmi Chrome 14 ke saluran pembangun, kini Google telah pun membawakan versi baru kepada saluran beta mereka, dimana hari ini, secara rasminya mereka memperkenalkan pelayar web Google Chrome 15 Beta, yang mana membawakan beberapa perubahan baru, dan salah satunya merupakan penggunaan halaman tab yang serba baru.

Melalui halaman tab baru, ia membawakan tiga tab berbeza, iaitu tab aplikasi, bookmark, dan halaman yang sering dikunjungi pengguna. Dengan halaman tab baru ini, ia sekaligus memudahkan para pengguna menyusun dan menguruskan pelayar web mereka dengan mudah dan menarik lagi. Menariknya para pengguna juga turut sama boleh membuat bahagian mereka tersendiri dengan membuat sebuah bahagian aplikasi khas, dan seterusnya menarik (drag) ke bahagian bawah.

Melalui halaman tab baru ini juga, Google dijangka akan mempromosikan Chrome Web Store dengan lebih meluas lagi. Bagi para pengguna yang berminat untuk menggunakannya, boleh memuat-turun Chrome 15 Beta, dan mula menggunakan fungsi baru yang didatangkan bersama dengannya.


TIPS & ULASAN