MAS Melancarkan Chrome Extension – MHQuick

MAS Melancarkan Chrome Extension – MHQuick

Diterbitkan pada Sep 23, 2011 oleh .

Nampaknya, dunia internet dan teknologi tanahair semakin menarik, dimana selain daripada pelbagai aplikasi, kini pembangun turut sama menumpukan perhatian kepada pembangunan extension dan addon untuk pelayar web. Terkini, hari ini Malaysia Airlines telah pun melancarkan aplikasi khas untuk Chrome dipanggil MHQuick.

Menurut MAS, MHQuick merupakan salah satu aplikasi khas untuk pelayar web yang memudahkan para pengguna untuk menempah tiket kapal terbang MAS, selain pada masa yang sama turut sama boleh menyemak masuk ke kapal terbang.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun dan memasang extension MHQuick terus daripada Chrome Extension, dan mula menggunakannya hari ini. Selain daripada aplikasi untuk pelayar web, sebelum ini MAS turut sama telah melancarkan aplikasi MHBuddy pada Facebook.

Tips daripada @icednyior


TIPS & ULASAN