Cari @ Amanz

Nampaknya tidak lama lagi, kita akan dapat melihat peranti Symbian Belle daripada Nokia, iaitu Nokia 600, 700, dan 701 di Malaysia. Berkemungkinan besar akan mula dijual di pasaran tempatan pada bulan Oktober atau November nanti. Walaubagaimanapun, harga jualannya masih belum diketahui buat masa ini.

Ketiga-tiga peranti baru ini telah dilancarkan dan diumumkan oleh Nokia pada penghujung bulan lepas, bersama-sama dengan pengumuman platform Symbian Belle mereka. Selain daripada itu, ketiga-tiga peranti ini bakal membawakan sokongan NFC padanya, sekaligus bakal menguatkan lagi hub NFC yang bakal dilancarkan oleh Nokia di Malaysia.

Nokia 700 membawakan cip pemprosesan 1GHz, kamera 5-megapixel, skrin sentuh seluas 3.2-inci, dan juga sokongan masa bertahan bateri sehingga 7.3 jam. Dengan hanya perbezaan kecil, Nokia 701 membawakan kamera belakang 8-megapixel, dan turut didatangkan bersama-sama dengan kamera hadapan 2-megapixel.

Nokia 600 pula merupakan peranti Symbian Belle yang bakal dijual dengan harga yang paling murah dikalangan ketiga-tiga peranti ini, dimana ia membawakan cip pemprosesan 1Ghz, kamera 5-megapixel serta radio-FM terbina dan dijenamakan sebagai telefon paling berbunyi kuat daripada Nokia.

Kami akan membawakan pelbagai maklumat tambahan daripada pihak Nokia Malaysia sendiri berkenaan ketiga-tiga peranti ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd