Monolog Membolehkan Anda Berkongsi Perasaan Dalam Bentuk Avatar Menarik

Monolog Membolehkan Anda Berkongsi Perasaan Dalam Bentuk Avatar Menarik

Diterbitkan pada Sep 23, 2011 oleh .

Ia boleh dikatakan amat jarang sekali kita dapat melihat aplikasi tempatan dengan grafik antaramuka yang menarik, dan salah satunya, adalah aplikasi terbaru yang dinamakan Monolog. Buat masa ini, aplikasi Monolog ini ditawarkan khas untuk pengguna iOS sahaja, dan masih tidak diketahui samada pengguna Android, Symbian dan lain-lain akan menerimanya ataupun tidak.

Melalui aplikasi Monolog, ia membawakan konsep perkongsian ucapan melalui beberapa rekabentuk avatar dan watak yang menarik. Melalui aplikasi tersebut, para pengguna terlebih dahulu diperlihatkan dengan skrin pilihan watak avatar mereka, dan kemudian menamakannya, dan seterusnya boleh menambah teks untuk dikongsikan bersama rakan-rakan lain, samada melalui Facebook ataupun emel dan sebagainya.

Secara ringkasnya, aplikasi ini sendiri mempunyai kekuatan untuk berdiri dengan sendirinya sekiranya beberapa fungsi sosial diintegrasikan, seperti perkongsian sesama pengguna aplikasi Monolog sendiri, membolehkan para pengguna berkongsi kemaskini status dan sebagainya melalui avatar mereka. (EightBit?)

Walaubagaimanapun, konsep awal aplikasi ini tampak menarik sekali, dan bagi para pengguna yang berminat boleh memuat-turun aplikasi ini terus daripada AppStore, ataupun melayari laman GetMonolog.com untuk maklumat lanjut berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN