Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia kenali akan aplikasi torrent paling popular didunia, iaitu uTorrent. Kini, ia kelihatan yang mana melalui uTorrent versi akan datang, mereka bakal membawakan sokongan integrasi untuk beberapa peranti popular, termasuk Android, iPhone, iPad, PlayStation 3 dan juga pada Xbox 360. Melalui integrasi yang serba baru ini, ia dijangka akan membolehkan para pengguna sync akan kandungan yang dimuat-turun terus ke peranti-peranti ini dengan mudah dan senang.

Fungsi baru ini telah pun mula melihatakan pada versi alpha terbaru uTorrent, dan mungkin versi stabilnya akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi. Selain daripada itu, fungsi ini juga dijangka akan mendapat beberapa fungsi tambahan seperti kebolehan untuk menukar format video dan sebagaiya dengan mudah melalui uTorrent Plus, iaitu aplikasi berbayar daripada pembangun sama yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun uTorrent versi pembangunan ini secara terus daripada laman rasmi uTorrent, dan memberikan maklumbalas mengenainya kepada pihak pembangun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd