Cari @ Amanz

Nampaknya para pengguna Malaysia boleh menantikan peranti iPhone dilancarkan di Malaysia secepat mungkin, apabila hari ini Maxis secara terbuka mengumumkan yang mana mereka sedang berurusan bersama-sama dengan Apple untuk membawa masuk iPhone 5 ke pasaran Malaysia seawal yang mungkin.

Buat masa ini, Apple sendiri masih belum mengumumkan berkenaan dengan bilakah iPhone 5 bakal dilancarkan, dan apakah spesifikasi yang bakal dibawa oleh peranti tersebut. Antara yang diura-ura akan buat masa ini termasuklah mengatakan yang mana iPhone 5 bakal menyertakan cip pemprosesan terbaru daripada Apple, serta membawakan kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya.

Apple dijangka akan mengumumkan iPhone 5 pada suatu acara khas yang diperkatakan akan diadakan pada Oktober 4. Mungkinkah kita akan dapat melihat iPhone 5 dilancarkan dan dijual di Malaysia beberapa minggu selepas pelancaran antarabangsa? Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd