Cari @ Amanz

Nampaknya lebih awal daripada apa yang disasarkan, kini peranti Symbian Belle pertama telah pun mula dijual dipasaran Malaysia, iaitu Nokia 701 pada harga cuma RM1130. Melalui Nokia 701, selain membawakan sistem operasi terkini Symbian, ia turut dilengkapi dengan sokongan NFC padanya, yang mana dijangka akan dipopularkan dengan pelancaran hub NFC di Malaysia tidak lama lagi.

Selain daripada itu, Nokia 701 membawakan cip pemprosesan 1Ghz bersama-sama dengan memori 512MB RAM, skrin sentuh seluas 3.5-inci, kamera belakang 8-megapixel dengan sokongan rakaman HD, serta kamera hadapan VGA untuk panggilan video.

Buat masa ini, masih tidak diketahui samada adakah syarikat telekomunikasi tempatan akan turut menawarkan peranti ini ataupun tidak. Tetapi dengan penjualan Nokia 701 pada harga serendah RM1130 tanpa sebarang kontrak, mungkin kita boleh dapat melihat Nokia 700 pada harga yang lebih kurang, dan Nokia 600 pada harga kurang RM1000. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd