Huawei MediaPad Berharga RM1399 – Bakal Dijual Di Malaysia Oktober Ini

Huawei MediaPad Berharga RM1399 – Bakal Dijual Di Malaysia Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 24, 2011 oleh .

Sebelum ini, ia telah dilaporkan yang mana Huawei MediaPad bakal dilancarkan di Malaysia pada pertengahan Oktober ini, dimana merupakan salah satu negara paling awal menerimanya. Dan kini, ia dilaporkan yang mana tablet bersaiz 7-inci daripada Huawei ini bakal dijual pada harga RM1399 di Malaysia.

Melalui MediaPad, Huawei menawarkan tablet bersaiz 7-inci pertama yang menggunakan sistem operasi Android 3.2, didatangkan dengan cip dwi-teras 1.2GHz, kamera hadapan 1.3 megapixel dan juga kamera belakang 5-megapixel dengan sokongan rakaman HD.

Selain daripada MediaPad, Huawei juga bakal melancarkan telefon pintar mereka, Huawei Vission di Malaysia tidak lama lagi, dan bakal dijual pada harga RM1199. Huawei Vision merupakan telefon pintar dengan skrin sentuh 3.7-inci, cip 1Ghz Qualcomm, kamera 5-megapixel dibelakang dan kamera VGA dihadapan, serta menggunakan sistem operasi Android Gingerbread padanya.

Buat masa ini, tarikh jualan pasti untuk kedua-dua peranti ini masih tidak diketahui, tetapi dijangka akan dijual pada pertengahan Oktober ini.


TIPS & ULASAN