Cari @ Amanz

TechTrollDidalam acara F8 mereka semalam, Facebook memperkenalkan beberapa fungsi baru terhadap laman sosial nombor satu dunia. Antara yang berjaya mencuri perhatian pengguna ialah fungsi Timeline yang membenarkan pengguna melihat aktiviti mereka sejak mula mendaftar akaun Facebook. Selain daripada fungi Timeline, Facebook juga bakal memperkenalkan fungsi Bodyline dalam jangka masa terdekat. Bodyline ialah Timeline versi tubuh pengguna Facebook. Mark Zuckerberg dalam temuramah ekslusif secara Skype semalam berkata;

“Kami mempunyai pengkalan data gambar sebanyak 140 billion. Ini ialah 10 000 kali ganda lebih besar dari jumlah yang disimpan Perpustakaan Kongress Amerika. Dari pengkalan data ini kami membangunkan teknologi Body Recongnition. Ini adalah evolusi kepada teknologi Face Recognition yang kami gunakan sejak Jun lalu. Algoritma Body Recognition dapat mencari perubahan saiz tubuh dan kemudian membuat garis masanya pada laman profil anda. Ia juga akan memberikan anggaran saiz tubuh anda dimasa hadapan”

Fungsi Bodyline bakal memberi kesedaran kepada mereka yang tidak menjaga kesihatan. Jika Timeline dan Bodyline mendapat sambutan hangat, Zuckerberg mungkin akan memperkenalkan Foodline, garis masa kesemua gambar makanan yang pernah dimuat naik. Malangnya bagi ahli PEKIDA tiada perancangan untuk fungsi Tiga Line buat masa ini. Dibawah ialah demonstrasi Bodyline yang sempat kami lakukan dengan menggunakan profil salah seorang penulis kami.


Penafian #techtroll
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd