Motorola Xoom generasi pertama seperti kurang mendapat sambutan di Malaysia, dan baru-baru ini telah diturunkan harga jualannya, mungkin disebabkan usia tablet itu sendiri. Dan menariknya, kini kelihatan yang mana Motorola Xoom bakal mengeluarkan generasi baru Xoom mereka, dan gambar awalnya kini mula kelihatan di internet.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah Motorola Xoom 2 ini akan dilancarkan, dan apakah spesifikasi yang bakal didatangkan bersama-sama dengannya. Pihak Motorola masih belum mengeluarkan sebarang komen berkenaan dengannya sehingga kini.