Cari @ Amanz

Aplikasi Google+ Untuk iPhone Kini Turut Membawakan Sokongan Hangout

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah memperkenalkan kemaskini pada versi Android, kini aplikasi Google+ pada iPhone turut sama menerima kemaskini, dimana melaluinya, kini ia membawakan fungsi yang dinantikan ramai, iaitu sokongan dan kebolehan untuk membuat panggilan video, dan sembang berkumpulan melalui Hangout.

Fungsi baru ini diperkenalkan oleh Google ketika pelancaran Google+ kepada umum, bersama-sama dengan pengenalan fungsi Hangout pada Android. Selain daripada penambahan fungsi Hangout, antara perubahan lain yang kelihatan, termasuklah sokongan permesejan yang dijenamakan semula, dinamakan sebagai Messenger, serta sokongan untuk menaip nama rakan dengan mudah serta +1 komen dengan pantas dan senang.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah Google akan memperkenalkan aplikasi Google+ mereka kepada platform lain seperti Symbian, BlackBerry dan juga Windows Phone.


Komen ()