Flvrd Terpilih Untuk Menyertai Startup Chile

Flvrd Terpilih Untuk Menyertai Startup Chile

Diterbitkan pada Sep 24, 2011 oleh .

Dalam usaha untuk menarik lebih banyak syarikat IT baru memasuki Chile, salah satu program khas telah diadakan, iaitu Startup Chile, dimana melaluinya setiap mereka yang terpilih akan diberikan dana dan bantuan dalam membangunkan aplikasi mereka berpangkalan di Chile, dan menariknya, kini salah satu syarikat dari Malaysia turut terpilih, iaitu Flvrd.

Flvrd merupakan salah satu startup yang terpilih daripada lebih 154 startup yang akan menerima bantuan kewangan, dan ekuiti sebanyak USD$40k, dan akan turut sama menerima visa bekerja selama setahun di Chile.

Bagi yang tidak mengenali Flvrd (disebut sebagai Flavored), ia merupakan salah satu tempat untuk berkongsi pelbagai gambar dan video menarik, dan mengkategorikannya mengikut rasa masing-masing.

Melalui Flvrd, para pengguna boleh mendaftarkan akaun dengan mudah menggunakan akaun Facebook atau Twitter. Para pengguna yang berminat boleh menguji laman mereka, yang mana semestinya akan mengalami pelbagai perubahan setelah berpindah ke Chile kelak. Sama-sama kita nantikan perkembangannya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN